Penulis Belgium hasilkan buku tentang Langkawi
Satu kunjungan ke Langkawi empat tahun lepas oleh seorang bekas pegawai bank dari Belgium telah memberikannya ilham untuk menulis sebuah buku mengenai kecantikan dan lagenda pulau peranginan itu.

Walter François, yang mengakui terpikat dengan keindahan pantai dan suasana di pulau itu ketika pertama kali menjejak kaki di situ pada 2001, telah menerbitkan buku berjudul "Langkawi Island of Mysterious Legends" yang turut menceritakan mengenai kisah Mahsuri dan sumpahannya.

"Langkawi adalah satu syurga kepada pengunjung," katanya kepada Bernama di sini.

François, 58, telah empat kali bercuti di Langkawi bersama keluarganya.

Buku setebal 176 muka surat itu mengandungi 218 keping gambar yang beliau sendiri rakamkan.

Gambar-gambar itu menunjukkan proses pembangunan yang dilalui oleh Langkawi.

Francois berkata beliau menulis buku itu dengan tujuan membantu mempromosi Langkawi sebagai satu destinasi pelancongan khususnya di Belgium dan di negara-negara Eropah lain.

"Langkawi adalah satu pulau yang cantik dan kita harus mengekalkan kecantikan alam semula jadinya untuk generasi akan datang," katanya.

François berkata beliau mengambil masa setahun untuk menyiapkan buku itu dan mengeluarkan perbelanjaan RM150,000 untuk menerbitkannya.

Buku itu dijual pada harga sekitar RM200 senaskhah.

François juga telah menghasilkan sebuah buku lain bertajuk "Malaysia" pada 2001.

"Saya bercadang menulis sebuah lagi mengenai Sarawak tahun depan," katanya.

Source: Bernama
Date: 27/12/2005
Author: ---


Other articles:

2011
•  2011/01/28 Former PM launches Book
•  2011/01/19 For the love of Malaysia
•  2011/01/17 Malaysia 'kekasih' Walter (Malay)
•  2011/01/07 Belgian writer launches his fourth book on Malaysia
2010
•  2010/12/30 Wherever you go, have respect!
2008
•  2008/09/19 Walter François: "MaleisiŽ is echt geen apenland" (Dutch)
•  2008/08 Ghent in Kuala Lumpur, a photographic exhibition by Walter François
•  2008/08 Ghent in Kuala Lumpur
•  2008/06/18 Bonding two nations via photographs
2007
•  2007/09/19 From banking to writing
2006
•  2006/11/17 Gemeente Lochristi: Exotische sfeer in gemeentehuis (Dutch)
2005
•  2005/12/27 Walter François's new book on Langkawi
•  2005/12/27 Penulis Belgium hasilkan buku tentang Langkawi (Malay)
•  2005/12/14 Belgian writer's new book On Langkawi out next week
•  2005/11/02 Belgian Banker-turned-author promotes Malaysia through books
2002
•  2002/02 Walter François presents Malaysia
2001
•  2001/06/11 Belgian banker to publish picture book on Malaysia
•  2001/06 Kekaguman warga Belgium terhadap Malaysia (Malay)
1999
•  1999/07/03 Borneo anders bekeken (Dutch)
•  1999/04/28 Pictorial book on two States being compiled
1998
•  1998/06/26 Dok Mungki Walter
1997
•  1997/07 Tentoonstelling 'Borneo 2000' (Dutch)
Preview Gallery
Below a small selection of pictures which are featured in Walter's latest coffee table book. Click on the pictures to see the larger version.