Kekaguman warga Belgium terhadap Malaysia
Sebuah buku bergambar berjudul Malaysia yang memuatkan 240 keping gambar berwarna tempat-tempat menarik di sekitar ibu negara, Sabah dan Sarawak akan dilancarkan di Belgium Oktober ini.

Apabila dilancarkan kelak, buku berkenaan dijangka mampu 'menjual' Malaysia di negara Eropah itu, sekali gus menarik lebih ramai warga Belgium dan Eropah berkunjung ke negara ini.

Menurut penulis buku berkenaan, Walter François, beliau mengambil inisiatif membukunan gambar-gambar menarik de negara ini kerana tertarik dengan cara hidup, keindahan semula jadi den keramahan rakyat negara ini.

Beliau mempunyai kekaguman terhadap Malaysia malah berjaya mempalajari bahasa Melayu secara sendiri henya dengan menggunakan kamus dan buku-buku panduan.

Beliau berkata, kunjungkan, kunjungan pertamanya ke negara ini bermula de Pulau Pinang, 17 tahun lepas bagi menghabiskan percutian bersama isteri dan anaknya tetapi idea menerbitkan buku bekenaan timbul pada 1997.

Bagi merealisasikan idea bekenaan, belieau mengajak rakannya Yvan Deweerdt, seorang jurugambar yang berpengalaman dalam bidang fotografi selama lebih 15 tahun untuk menjelajah Malaysia bagi merakamkan gambar menarik yang mencerminkan kehidupkan rakyat negara ini.


Penjalahan

François, seorang ahli bank berkta, beliau dan rakannya memulakan penjelahan sambil merakamkan gambar untuk dimuatkan dalam buku tersebut de Sarawak pada 1997.

Untuk tujuan ini, beliau mengambil cuti selama lima tahun daripada bank tempat bertugasnya.

Beliau seterusnya berada di Kuala Lumpur dan Sabah pada 1998 dan 1999 dan hasilnya, mereka berjaya merakamkan 12,000 keping gambar.

"Bagaimanapun kami memilih 240 keping gambar yang terbaik untuk dimutkan dalam buku setebal 256 muka surat ini," katanya.

Buku berkenaan mengandungi tiga bab iaitu bab pertama memuatkan gambar dan cerita ringkas mengenai Kuala Lumpur.

"Bab kedua akan memuatkan gambar yang dirakamkan di Sarawak mankala bab ketiga mengenai Sabah," katanya yang telah menjejakkan kaki di kemuncak Gunung Kinabalu sebanyak empat kali sejak 1996.

Menurut beliau, sebanyak 200 naskhah buku berkenaan akan dijual pada harga RM200 senaskhah di Belgium semasa pelancaran.

Beliau menjangka buku berkenaan akan memasuki pasaran Malayhsia menjelang ekhir tahun ini.

"Saya juga bercadang akan menghasilkan buku seperti ini yang memuatkan gambar-gambar menarik di negeri-negeri lain di Malaysia untuk tatapan masyarakat Belgium," katanya yang berasal dari Ghent, Belgium.

Menurutnya, beliau kini sedang merancang bagi menyiapkan projek buku bergambar bagi Sri Lanka.

Sementara itu menurut Duta Malaysia ke Belgium, Datuk Deva Mohd. Rizam, beliau mengenali François selama tujuh tahun dan mendapati beliau seorang yang 'dekat' dengan negara ini.


Hubungan

"Dia mempunyai hubungan rapat dengan Malaysia terutama sejak lima tahun kebelakangan ini," katanya dalam satu durat yang dikeluarkan dari pajabat Kedutaan Malaysia di Brussels bertarikh 18 Mei 2001.

Menurut beliau, satu pameran foto mengenai Sabah telah diadakan di Ghent, Belgium pada 1999 bertajuk In the heart of East Malaysia yang memuatkan gambar menarik mengenai kehidupan alam semula jadi dan kebudayaan di Sabah.

Sehubungan itu beliau yakin buku yang akan dilancerkan itu akan membantu mempromosikan nagara ini sabagai destinasi pelancongan yang menarik.

Oleh Laupa Junus
(Wartawan Utusan)

Source: Utusan Malaysia
Date: 06/2001
Author: ---
Arcticle copy (PDF)


Other articles:

2011
•  2011/01/28 Former PM launches Book
•  2011/01/19 For the love of Malaysia
•  2011/01/17 Malaysia 'kekasih' Walter (Malay)
•  2011/01/07 Belgian writer launches his fourth book on Malaysia
2010
•  2010/12/30 Wherever you go, have respect!
2008
•  2008/09/19 Walter François: "MaleisiŽ is echt geen apenland" (Dutch)
•  2008/08 Ghent in Kuala Lumpur, a photographic exhibition by Walter François
•  2008/08 Ghent in Kuala Lumpur
•  2008/06/18 Bonding two nations via photographs
2007
•  2007/09/19 From banking to writing
2006
•  2006/11/17 Gemeente Lochristi: Exotische sfeer in gemeentehuis (Dutch)
2005
•  2005/12/27 Walter François's new book on Langkawi
•  2005/12/27 Penulis Belgium hasilkan buku tentang Langkawi (Malay)
•  2005/12/14 Belgian writer's new book On Langkawi out next week
•  2005/11/02 Belgian Banker-turned-author promotes Malaysia through books
2002
•  2002/02 Walter François presents Malaysia
2001
•  2001/06/11 Belgian banker to publish picture book on Malaysia
•  2001/06 Kekaguman warga Belgium terhadap Malaysia (Malay)
1999
•  1999/07/03 Borneo anders bekeken (Dutch)
•  1999/04/28 Pictorial book on two States being compiled
1998
•  1998/06/26 Dok Mungki Walter
1997
•  1997/07 Tentoonstelling 'Borneo 2000' (Dutch)
Preview Gallery
Below a small selection of pictures which are featured in Walter's latest coffee table book. Click on the pictures to see the larger version.